Cute Onion Club - Onion Head

Wednesday, December 28, 2011

Kehidupan Ku

                     Nama yg diberi Mohd Fida'iy bin Arshad. Lahirnya aq ditemrloh, Pahang tepat pada tanggal 23.07.1993. Disini aq inginn berkongsi sdikit pengalamn hdup ku sdari kecil.. Aq tiada tmpat untk diluahkn.. Bnyak kali aq cube mnulis tntg khidupn ku ini. Aq takowt nk brcerita atau memadu hal2 yg lame dgan org.. Lgi pown aq ni hdup bersndirian. Baca lah srba sdikt kisah ku ini.. Sngaja aq tuliskn disini, bkan kerana ingn meraih simpati, tetapi hanya untk berkongsi pngalmn hdup ku..

                     Hidup ku penuh dengan duri onak percubaan.. Stiap hari aq mnempuh hdup berlainan.. Yng pnting ape yg aq lalui x same mcm org lein.. Aq mmg dah brsndirian sdari kecil.. Aq xde adq bradeq, aq x de ayah.. Aq x prnah rase hidp ade kuarga sbnar.. Umi aq yg mmbesarkan aq sdari kecil, aq x pnah knal sapa bapa ku.. Aq xpnah tahu aq ade adeq bradeq.. sring juga aq trtanye2 pda tman2ku.. "best x ada adq bradeq??" ada yg mnjwab "best" ada juge yg kata "kurang best".. Tapi wktu tu aq mash x fham ape erti adq bradeq.. Aq liht ibu ayah dieorg stiap hari dtg mnghntar dn mngambil mreka di skolah.. Ada pown yg naik bas, mereka dibekalkan duit blanje atau makann dari rmah x kurang jga yg dapt RMT (Rncangan Maknn Tmbahan).. tapi aq, stiap hari aq hanya dibekalkn RM1, tmbg bas pergi balik 60sen, baki tu lah 40sen wat blanje.. umi kadang2 x smpat nak msak.. kadng2 rezki murah ckit dapt lah jgak RM1.50, dpt jgk lah blnje lbih ckit.. Walaupn di skolah ada RMT bg plajar2 miskn, tpi aq pnah dpt.. Aq dianggp lengkp mmpunyai mak dn ayah.. Ya.. Mmg btol aq ade mak dn ayah, tapi ayah aq x brada brsama dgan aq.. Aq tanye bdak2 yg slalu dpt bantuan dri skolah dn kerajaan, "mcm mne korang dpt bantuan??" dieorg kate "kami org miskn" ade yg kate ayah dah mninggal, ada jgak yg kate mak ayah susah, dan ade adq bradeq ramai.. Wktu tu aq brfikr scara logik, aq masih mmpunyai ayah atau tdk?? umi x pnah kate ayah dh mati tapi kata dah x tinggl brsama, dan aq hnye anak tunggl yg x mmpunyai adq bradeq, jadi mungkn disbbkan itu aq tidak dpt apa2 bantuan.. Tapi stiap kali hari klahiranku, aq disambut meriah stiap tahun, kire bruntung jgak lah.. X mngapalah, mungkin itu smua jujian dari Tuhan ktika aq masih kcil..

                     Di pertngahan tahun 2005, ktika itu aq berusia 12tahun (drjah 6).. Ada teman2ku yg memanggil "fida'iy, fida'iy, fida'iy... ayah aok datng"... Dalam benak hati ku ketika itu, shingga skrg aq masih mengingati peristiwa itu, yg diwaktu itu aq dikejutkn dgan kehadiran seorg lelaki yg mengaku sbagai ayah ku, aq terfikir "aq ada ayah ke??".. Sblum aq turun menemui dia, dlm pikiran dn hati ku tertanye2, siapa dia tu? btul ke ayah ku?? AQ ADA AYAH KE?? aq jdi tidk keruan sbntar.. aq mcm fobia, bile kata aq ada ayah.. Dgan cemas aq mnghmpiri lelaki itu, aq berdiam tdk terkata.. Dia menyapa ku dgan glaran (fidak :yg biasa dipnngl oleh umi) "fidak??, fiidak ke nie?? anak abah...".. Aq terdiam kaku pde  mulanye.. "Ni abah, ayah fidak" dia meyakinkn aq.. Slpas itu aq xtahu ape yg kami bualkan, dlm fikran ku hanya memikrkan "ni ayah aq??, aq ada ayah?" slpas itu die mnghtar ku pulang ke rumah.. Bile umi balik dri kerja, aq mncritakan prihal yg berlaku di sekolah tadi.. umi dgan spintas lalu umi berkata, "dah besar baru nak jenguk?" lalu msuk ke blik dgan muka yg kurang memuaskn..

                     Nak diringkas kn crita akhirnye aq tahu yg die adalah ayah aq.. X lah slalu brhbung tapi sdkit demi sdikit knal bbrapa ahli kuarga ku.. Rupanya kluarga ku besar, x mcm yg aq sngka slama ini.. Aq memliki seorg ayah dan 4 mak, umi ku adalah istri kedua ayah ku, tapi telah diceraikan slpas 5hari aq lahir.. Yg pasl tu aq blum tahu yg sbnar sbb ape.. Yg aq tahu dalm 4 mak tu, istri kedua yaitu umi ku dan istri ketiga tlah diceraikn.. Aq mmpunyai sramai 16 org adeq bradeq, dan aq brkmbar tahun dgan 2 lagi adeq aq yg same umr tapi anak mak pertama dn keempat.. aq meginpikan kuarga besar sprti itu.. Tapi apekn daya ku untuk mnyatukn mereka smua slain hanya mmpu berdoa.. Dala stahun ada lah 2/3 kali berjumpe dgan ayah ku.. Kalau ke rumah ayah ku itu, mugkin bilangan jari shaja, x banyak sbb aq mmg snantiasa berada diasrama sjak Form 1..


                     Aq banyak merantau walaupn hanya tinggal dgan umi..bkan merantau ke mana pown tapi slalu berpindah randah.. Aq dilahirkn di temrloh, tapi mmbsar di melaka slama 5tahun, kmudian balik smula ke temrloh, x smpat stahun dah pindah ke rompin, pastu ke kuantan dan akhirnya aq kembali menetap di tanah kelahiran ku temerloh... dalm waktu itu aq bkan lagi di rumah, ade cuti yg pnjang ckit baru balik.. Waktu itu aq dah bergelanggang di Muar, Johor.. Apa yg aq buat disitu?? aq belajr lah.. Aq dihntar ke Ma'had Tahfiz berasrama di sana.. slama 4tahun aq kluar dari Pahang, aq bnyak dapt pnglaman.. nak kata brapa kali aq balik rmah, mngkin boleh dibilang dgan jari je.. Alhmdulillh bnyak juga pngalmn yang aq dpt disana, kalau ada cuti yg aq x balik ustaz akn mmbawa ku ke K.L, sjak itu aq mula knal K.L.. Ust Hanif, mmg bnyak jase die pade ku, bkn shaja tekun mngajar ku dalm Bahasa Arab mlah ust yg pling sporting pling aq syangi.. Kalau dgan dia, aq di bawa ke JB, KL, ada seketika smpai ke Perak.. Dalam prjalann dgan die bkan hanya jalan2 kosong tapi diisi dgan mnambh pngtahuan tntang bhasa arab.. Sungguh sronok, bermacm2 ilmu serta pengalaman yg aq dpt..

Ust slalu ingt kan aq agar sntiasa bersdia.. sbb katenye sekolah akn mnghntr plajar tebaik ke luar ngeri.. Mmg aq x mnyangka yg aq akn smbung bljr di luar ngara.. Pada tahun 2009, ktika itu aq berusia 16thun (Form 4).. Aq didesak oleh ust untk cpat mmbuat passport, dikatakn bhawa tahun ni akn ada seorg plajar yg akn dihntar ke luar negara, pnghantaran pertama yg sekolah akn lakukn spnjang pembukaan skolah itu pada tahun 2007.. Dan tepat 1.10.2009 aq dihntar ke KLIA.. first time aq pergi tu teruja jgk lah, ye ar, kite bkn org bndar... Berbagai2 rasa yg mncul dalm diriku ktika itu.. Snang crita aq berada di luar ngara yaitu di Syria slama 2 tahun..

Sungguh bnyak pengalaman yg aq dapt disana.. Sungguh teruja dan rasa sronok yg x trhingga.. Tapi disbalik kesronookkan dn kriangan yg aq tempuhi itu dislang slikan jgak dgan pndritaan dan keperitan.. Biasa lah ujian tu ada manis dan masinnye jga kan... Skarang aq sudah pulang ke tanah air dan berglanggang di tgah masyarakat untk menabur bakti di ngara sndiri.. Didlm waktu itu jga, aq sring gelisah dan rase x mnentu.. brmacm2 perkara y aq fkirkan.. Sehingga fkiran aq mnjadi srabut dan ada kalanya rasa sperti org bodoh.. Mmg aq x knal sape driku dan apa yg aq mahukan sbnarnye... Aq seperti didlm dilema yg amat membingungkan aq.. Ya Allah Bantu lah Aq melepasi sgala ujian -Mu ini...

Sekian dulu perkongsian ku pada kali ini.. Yang baik itu datngnya dari Allah S.W.T dn yg bruk itu dtgnye dari aq, hamba yg hina ini...


!!!!AQ DILANDA DILEMA!!!

Sunday, December 25, 2011

Kisah : Mengejar Kematangan (Bab 1)

=
      “Tak nak pakcik teman?”

Abdul Haq menggeleng. “Tak perlu rasanya, sebab…”

“Assalamu’alaikum!” Satu laungan kedengaran.

Haji Makruf dan Abdul Haq memandang ke arah halaman sambil menjawab salam.

“Oh, pergi dengan Iskandar?” Haji Makruf melempar senyuman kepada Shah yang baru sahaja turun dari basikal.

Abdul Haq dan Shah sekarang semakin rapat. Shah sudah banyak kali datang ke rumah Haji Makruf, untuk mengulangkaji pelajaran dengan Abdul Haq.

“Apa khabar kamu Iskandar?” Lembut Haji Makruf bertanya, dengan lemparan senyuman yang tidak pernah lekang.

Shah amat senang dengan Haji Makruf. Haji Makruf tidak seperti orang tua lain yang memandang buruk kepadanya kerana dia menghisap rokok. Tidak pernah keluar dari mulut Haji Makruf perkataan ‘sampah masyarakat’, ‘anak tak berguna’ dan kata-kata yang sering disebut orang tua kepadanya. Haji Makruf melayannya dengan baik.

Shah bersalam dengan Haji Makruf, mencium tangannya. “Sihat pakcik. Masih ‘handsome’ lagi”

Haji Makruf ketawa. Abdul Haq menggeleng. Shah pandai bercanda, dengan gaya yang selamba.

“Ha, ini ada seorang lagi handsome, jangan lupa pula” Abdul Haq menepuk-nepuk bahu Shah.

“Ya la, tahu la kau handsome, semua perempuan suka” Shah mencubit pipi Abdul Haq.

Haji Makruf ketawa lagi. “Kamu macam dah dapat adik, Abdul Haq”

Abdul Haq dan Shah berpandangan. Kata-kata Haji Makruf itu menyentuh hati mereka. Macam adik beradik?

“Haq kata, kami memang bersaudara”

“Ya kah?”

Abdul Haq tersenyum. Dia mengangguk. “Sesungguhnya, orang beriman itu bersaudara, maka perdamaikanlah dua antara mereka yang bertelagah, moga-moga kamu beroleh rahmat”

“Surah Al-Hujurat, ayat 10” Shah menyambung.

Haji Makruf mengangguk-angguk. Benar.

“Ha, baiklah. Kamu kena pergi cepat, sudah hampir maghrib.”

Shah sebagai pemandu, Abdul Haq menjadi penumpang. “Kami pergi dulu ya Pak cik”

“Jaga diri baik-baik. Buat amal sungguh-sungguh”

Kedua-dua sahabat itu mengangguk.

Shah memulakan kayuhan. Basikal yang membawa mereka berdua perlahan-lahan bergerak keluar dari halaman rumah Haji Makruf. Mereka menuju ke Sekolah Rendah Sentosa, kerana pada malam ini, ada program qiamullail bagi pelajar-pelajar darjah enam.

Saturday, December 24, 2011

Kisah : Kubur Berkata-kata

            Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara:
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatimah r.a)
3. Husin (anak Fatimah r.a)
4. Abu Dzarrin Al-Ghifary r.a

          Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzarrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."

          Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

           Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

          Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

         Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."

          Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t..

          Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

          Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Munkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.

         Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Munkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

         Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri.

         Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Thursday, December 22, 2011

Artikel : Citer Seram

         Banyak kesan negatif penyiaran filem seram. Akhir-akhir ini, siaran televisyen, banyak menyiarkan filem atau drama yang menyeramkan seperti Susuk, Rafik, Puaka Nyang rapik, Jangan Pandang Belakang, Pontianak Harum Sundal Malam dan The Seekers. Apakah filem-filem ini membawa kebaikan kepada masyarakat umum, terutama sekali kanak-kanak?

         Filem-filem sebegini, ramai yang tidak mahu menontonnya. Tetapi ada yang hendak tengok juga, terutama golongan remaja dan kanak-kanak.Akhirnya, hasil daripada menonton cerita-cerita sebegini, yang tinggal dalam fikiran mereka adalah ketakutan, kegerunan, kerisauan dan perasaan berkecamuk.
Kanak-kanak terutamanya akan takut ke bilik air seorang diri tanpa ditemani.Tidur malam takut apabila keseorangan. Keluar rumah pada malam hari akan gerun dan takut.

         Meskipun ada baiknya perasaan takut itu wujud, bagi mendidik insan mengetahui kelemahan dirinya.Kadang-kadang ibu bapa juga menggunakan cara mudah untuk melarang anak-anak dengan menakut-nakutkan mereka, kononnya nanti dicekup hantu atau disembunyikan puaka dan sebagainya.Tetapi jika difikirkan secara jangka panjang, masyarakat kita akan menjadi insan yang bersifat negatif, diselebungi ketakutan yang tidak menentu, pasif dan sentiasa dalam kebingungan.

          Cerita-cerita rekaan mengenai makhluk halus, khususnya hantu dengan pelbagai nama, itulah sebenarnya yang menghantui masyarakat Melayu.Berbagai-bagai tahyul direka cipta seolah-olahnya seperti suatu realiti. Untuk mengatasinya pula, direka pelbagai cara untuk menghindarinya seperti adat bersemah, berancak, berjamu makan kapada hantu, menjampi mantera yang dilarang syarak seperti minta tolong kepada hantu.Atur cara pengubatan yang direka-reka ini merupakan perkara-perkara yang boleh melanggar syariat, sehingga membawa kepada syirik terhadap Allah SWT.

          Perihal manusia meminta pertolongan kepada makhluk halus akibat ketakutan kepada mereka, bukannya perkara baru.Dalam al-Quran Allah berfirman (mafhumnya): “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia (daripada kalangan lelaki), menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” (Surah al-Jin, ayat 6)

          Dalam ayat ini, amat jelas Allah menyatakan, bahawa makhluk halus seperti jin, syaitan dan ifrit sememangnya wujud dan wajib dipercayai adanya mereka.
Alam mereka sama dengan alam kita. Sebahagian mereka tinggal di atas muka bumi.Jin-jin ini sebenarnya tidak berupaya untuk memberi perlindungan kepada manusia.Sekadar menggertak atau menakut-nakutkan mungkin boleh.Cuma manusia yang terlebih takut kepada mereka, sehingga menyebabkan pelbagai musibah, berlaku ke atas mereka.

         Pada zaman sebelum TV wujud, pada zaman media massa tidak menyebarkan cerita-cerita makhluk halus, telah pun ada kalangan ibu bapa yang menakutkan anak-anak dengan hantu dan jembalang, kerana hendak memudahkan anak-anak tidur atau menghalang mereka keluar malam.

          Cuba anda tanya diri anda sendiri dan buatlah sedikit penyelidikan dengan bertanya kawan. Ajukan soalan kepada mereka, pernahkah mereka terserempak atau melihat jin-jin (makhluk halus) dengan mata kepala mereka?Cuba tanyakan lagi, pernahkah mereka benar-benar diganggu oleh mahluk halus dan apa bentuk gangguan mereka?Pada saya, saya yakin anda sukar menemui mereka yang benar-benar melihat jin dan mengalami kerasukan. Ini menunjukkan realitinya jarang berlaku.Yang wujud hanyalah rekaan dan khalayan semata-mata. Ia adalah ilusi dan gambaran yang sengaja dibuat. Tetapi ia tetap memberi kesan yang buruk kepada masyarakat.

            Suatu ketika, apabila suatu klip video yang tersebar di internet mengenai seksa kubur dengan mayat yang meraung kesakitan akibat terseksa hebat, menjadi heboh seketika, sehingga Kementerian Pelajaran melarang klip video itu ditayangkan atas alasan menakutkan kanak-kanak. Lalu ia diberhentikan serta merta.Anehnya, apabila sesuatu yang berhubung dengan alam kubur, sedangkan seksa kubur itu benar dan wajib diimani, kesannya baik dan positif dari segi hukum syarak, malangnya diberhentikan tayangan atas alasan ia menakutkan.

            Apakah tidak baik untuk kanak-kanak atau masyarakat umumnya, takut kepada seksa kubur yang pasti berlaku? Pada saya bagi orang Islam, wajib ditanamkan pada minda mereka bahawa seksa kubur sedang menunggu anda, yang fasik, berakhlak sumbang, berzina, mencuri atau merompak, yang meminum arak, akan menghadapi seksa kubur tersebut.Dengannya akan terdidik semua kepada mencintai kebaikan dan menjauhi keburukan, bagi mengelak seksa kubur.

            Apakah alasan tidak boleh ditayangkan kerana menakutkan hanya kepada hal-hal keagamaan yang mendidik ke arah kebaikan, sedangkan cerita-cerita tahyul tadi direkaciptakan, ia menakutkan, tetapi oleh kerana tiada kaitan dengan agama, ia dibolehkan.

Friday, October 21, 2011

Artikel : Kepentingan Bahasa Dalam Kehidupan

BAHASA merupakan suatu elemen yang penting dalam kehidupan. Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi, sama ada secara langsung atau bertulis.

Percakapan atau tulisan yang menggunakan bahasa yang baik dan teratur akan memberi makna mendalam dan juga mampu menyentuh perasaan.

Justeru, Islam menggalakkan umatnya menggunakan bahasa yang indah dan baik-baik apabila bertutur.

Rasulullah SAW sendiri berdakwah menggunakan bahasa yang paling baik dan halus dan tidak pernah menggunakan bahasa yang kesat dan kasar dalam pengucapan baginda.

Sifat ini seharusnya dicontohi terutama sekali para remaja supaya dapat menggunakan bahasa yang baik dan teratur dalam percakapan seharian.

Luqman Al-Hakim juga berpesan dengan anaknya, menggunakan istilah ‘wahai anakku’ yang menggambarkan kelembutan seorang ayah dalam menasihati anaknya sehingga termaktub dalam al-Quran (Luqman:12-19).

Penulis buku motivasi terkenal, La Tahzan (Jangan Bersedih), Dr. Aidh Abdullah al-Qarni juga ada berkata dalam suatu temuramah, “Islamlah yang mengajak orang untuk memiliki kebebasan berekspresi. Tapi ada dua syarat dalam hal ini. Jangan sampai menghina suatu agama dan, kedua, jangan sampai merosak dan memfitnah orang lain.”

Ini menunjukkan bahawa bersuara tidak mengehadkan batas pemikiran manusia, tetapi harus dilakukan dengan batas lingkungan yang benar dan beretika.

Namun dapat diperhatikan senario pada hari ini, ialah penggunaan bahasa yang semakin kasar dan kadangkala juga boleh menggugat keimanan.

Ia terserlah dalam penggunaan bahasa di kalangan muda-mudi termasuk remaja, dalam blog penulisan, bait lagu dan puisi, serta dalam rancangan di televisyen atau radio.

Penggunaan bahasa pasar dan bahasa kasar sememangnya kurang enak didengar, namun itulah realiti yang terpaksa ditelan hari ini.

Persoalannya, adakah rancangan-rancangan tidak akan laku sekiranya tidak menggunakan bahasa yang indah dan teratur?

Adakah setiap program memerlukan jenaka yang kadangkala berlebihan dan kurang sedap didengar untuk menarik perhatian penonton?

Adakah bahasa yang digunakan dalam lagu misalnya tidak melambangkan sikap dan jiwa sebenar seseorang itu?

Oleh itu, remaja perlu berfikir secara mendalam akan penggunaan bahasa agar ia tidak menyinggung perasaan orang lain sekali sekalipun untuk menyatakan kebenaran.

Antara gurauan dan igauan

Dalam menggunakan bahasa, perkara-perkara seperti sebutan, ejaan, kosa kata, tanda baca dan sebagainya dipanggil tatabahasa dan ia merujuk kepada struktur dan binaan ayat.

Manakala peraturan-peraturan bagi memilih bentuk sapaan, ganti nama, bentuk hormat, dan perbuatan menyentuh orang, mengiktiraf taraf sosial, taraf pendidikan, usia orang dan lain-lain pula boleh dipanggil sebagai budi bahasa.

Budi bahasa adalah sesuatu yang penting apabila bertutur dan berkomunikasi, walaupun sedang berjenaka dan bergurau.

Yang menjadi masalahnya ialah apabila ramai antara kita yang cuba bergurau tetapi menggunakan bahasa yang kurang enak didengar dan kadangkala mengaibkan orang lain.

Islam tidak melarang berjenaka dan bergurau, tetapi tidak harus berlebih-lebihan. Menghiburkan diri dengan jenaka atau kata-kata gurauan boleh menghilangkan kerisauan hati tetapi dalam masa yang sama ia kadangkala mengundang sensitiviti kepada orang yang terlibat dan mendengar.

Oleh itu, remaja harus sentiasa berhati-hati agar tidak menyinggung perasaan sesiapa dan pastinya kita mengharapkan perbuatan yang serupa daripada orang lain juga.

Allah mencipta manusia dengan akal dan hati, yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi kepada perkataan. Akal memproses logik dan hati memproses emosi.

Apabila seseorang memberi tindakbalas yang positif, secara automatik emosi akan berasa ceria dan bersemangat dan begitulah sebaliknya.

Apatah lagi sekiranya berjenaka tentang agama yang bermaksud untuk memperlekehkan agama.

Ia mungkin berlaku tanpa disedari, sebagai misalnya berlawak mengenai hukum-hakam yang sudah sedia maklum wajib dilakukan seperti bersolat, berpuasa, dan asas-asas rukun Islam dan rukun Iman yang lain.

Ada juga yang tanpa sedar berjenaka mengenai tuntutan yang wajib dilakukan seperti menutup aurat, menjaga kewajipan dengan jiran dan guru, poligami dan sebagainya.

Paling tidak pun, bergurau dengan memendekkan istilah-istilah yang baik seperti astaga, La’ilah, dan sebagainya dengan tujuan menimbulkan rasa geli hati kepada pendengar. Semua ini akan menjejaskan keimanan walaupun dilakukan tanpa sedar dan niat.

Adalah menjadi suatu kebiasaan pula di masa kini untuk menyelitkan lawak jenaka dalam majlis-majlis ilmu.

Sesetengah orang berpendapat bahawa tanpa jenaka sesebuah ceramah akan menjadi bosan dan tidak menarik.

Mungkin ada benar. Dan mungkin juga ia kurang tepat. Bagaimana ilmu boleh disampaikan secara berkesan sekiranya disampaikan dengan lawak dan terlalu santai? Apakah matlamat sebenar apabila berceramah? Memastikan matlamat seminar tercapai atau membuat orang ketawa?

Justeru, penggunaan bahasa dalam bergurau dan jenaka mesti digunakan sebaik-baiknya kerana dibimbangi boleh membawa interpretasi yang salah yang menyinggung manusia dan hukum-hukum Allah.

Sekiranya ia dilafazkan untuk meredakan ketegangan minda dan sekadar menaikkan suasana ceria, bolehlah dilakukan sekadarnya.

Apa yang penting, gurauan dan jenaka bukanlah jalan untuk mengalih dan menutup pintu kebenaran. Kerana apabila manusia sudah terlalu gembira, kadangkala mereka terlupa akan isu pangkal dan fokus sebenar.

Syirik tanpa sedar

Selain itu kita juga sering disajikan dengan lagu-lagu, sajak, drama atau filem yang menggunakan bahasa-bahasa yang menggambarkan cinta manusia lebih unggul daripada cinta kepada Allah SWT.

Lambakan lagu yang menggunakan istilah seperti ‘tidak boleh hidup tanpamu’, ‘hidup matiku hanya untukmu’ dan sebagainya menggambarkan bahawa manusia seolah-olah telah menjadi hamba kepada cinta dan manusia bergantung kepada manusia yang lain sedangkan Allah telah menjadikan manusia dengan kemampuan dan kelebihan yang tersendiri.

Terdapat juga lagu-lagu yang tanpa kita sedari menyalahkan takdir atas musibah yang berlaku, sedangkan dalam Islam kita harus percaya kepada ketentuan qadar dan qada yang Allah tentukan. Lagu digambarkan seolah-olah hidup akan hancur selepas kehilangan sesuatu atau seseorang, ataupun sedangkan kita dituntut untuk bersabar, percaya dan bertawakal kepada Allah.

Begitu juga dengan nyanyian, iaitu pada dasarnya ia tidak sepatutnya melekakan apatah lagi memuja-muja sesuatu selain Nya yang boleh membawa ke arah syirik.

Menggunakan perkataan seperti dewa, dewi, idola dan lain-lain sebagai manifestasi kepada orang yang dicintai adalah sesuatu yang salah.

Sungguhpun ia digunakan untuk menggambarkan betapa agungnya kecintaan terhadap seseorang, ia menyalahi konsep bahawa yang perlu diagungkan adalah Tuhan yang kekal abadi, dan bukan manusia dan dunia yang fana ini.

Harus diingat bahawa pengucapan kepada manusia tidak boleh melebihi tingginya kuasa Allah. Malang sekali apabila radio dan stesen TV juga menyiarkan lagu ini sewenangnya tanpa berfikir akan implikasinya apabila ia menjadi siulan ramai.

Memang tidak salah para remaja menjadi orang-orang yang dinamik dalam menggunakan istilah dan konsep. Tetapi setiap istilah terkandung makna dan makna dalam istilah agama berkait rapat dengan al-Quran dan hadis.

Seperti juga orang-orang Barat mengemukakan istilah-istilah tertentu untuk dipopularkan, tetapi ia terkandung maksud yang bercanggah atau tidak serasi dengan tradisi dan budaya orang Islam.

Orang Barat mengguna pakai sesuatu istilah, kadang-kadang berkait rapat dengan tradisi, budaya dan pancaran daripada sistem kepercayaan atau agamanya.

Para remaja yang hidup dalam negara merdeka amat mustahak menjaga kepentingan jati diri. Memelihara jati diri tidak semestinya menyebabkan para remaja menjadi tertutup terhadap pengaruh baik daripada budaya dan tradisi orang lain.

Budi bahasa yang baik sememangnya menyenangkan hati semua orang dan lebih baik disertakan dengan perbuatan yang yang baik. Bak kata pepatah Melayu, ‘Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa’.

Kesimpulan

Penggunaan bahasa dalam komunikasi seharian bukan kecil fungsinya. Penggunaan bahasa yang tepat dan benar memberikan makna mendalam dan struktur yang kukuh dalam menyampaikan sesuatu maksud.

Untuk bercakap mengenai kebenaran, tidak semestinya dalam nada yang keras dan kasar. Ia boleh disampaikan dengan nada yang lembut, tetapi tegas dan berprinsip.

Untuk berbeza pendapat juga tidak semestinya meninggi suara atau melukakan, tetapi harus dibalas dengan ilmu, fakta dan berbudi bahasa. Oleh itu, remaja harus berupaya membezakan antara yang baik dan buruk, serta tidak hanya terikut-ikut sesuatu perkataan atau perbuatan hanya dikatakan untuk mengikut peredaran zaman.

Artikel : Keikhlasan Dalam Bekerja

          ADA yang membuat perbandingan bahawa keikhlasan itu seumpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam pada malam yang amat kelam. Ia wujud tetapi amat sukar dilihat. Bermaksud betapa sukarnya mengesan keikhlasan yang ada pada diri seseorang walaupun sememangnya ia begerak dalam naluri manusia. Hanya Allah saja yang mengetahui apa yang tersirat yang dilakukan oleh seseorang itu walaupun secara bersembunyi.

Dari segi bahasa, istilah ikhlas merujuk kepada bersih hati atau tulus hati. Sebenarnya istilah ikhlas yang kita guna pakai hari ini diambil daripada bahasa Arab iaitu khalasa dan yukhlisu yang bererti bersih, murni dan jernih. Umumnya, ikhlas memberi makna menjadikan segala sesuatu bersih dan menghilangkan segala kotoran yang bertempelan. Secara komprehensif ia bermaksud melakukan segala amal perbuatan yang diredai Allah dengan memurnikan niat secara tulus hati dan bersih hati hanya kerana Allah semata-mata dengan tidak mengharapkan sedikit pun imbalan daripada pihak lain.

Ibnu Masud RA sahabat yang ternama dan paling cerdas dalam hafalannya menyatakan bahawa perkataan dan perbuatan seorang hamba tidak akan bermanfaat kecuali dengan niat ikhlas dan tidaklah akan bermanfaat pula perkataan, perbuatan dan niat seorang hamba kecuali yang sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW.

Keikhlasan memurnikan niat kerja yang dilakukan seseorang hanyalah kerana Allah dan bukannya kerana riak. Mereka tidak menyimpan keinginan untuk dipuji oleh orang lain, apa lagi untuk mengejar hierarki manusia sama ada dari segi pangkat atau kedudukan.

Abul Qosim Al Qusyairi, seorang ulama menyatakan bahawa ikhlas menjadikan niat hanya untuk Allah dalam melakukan amalan ketaatan. Jadi, amalan ketaatan itu dilakukan dalam rangka mendekatkan diri pada Allah dan bukanlah ingin mendapatkan pujian daripada makhluk atau yang dilakukan bukanlah di luar mendekatkan diri pada Allah.

Ulama bersepakat bahawa orang yang ikhlas itu sama sekali tidak mempunyai niat untuk menjadi seorang yang sumah, mengelakkan diri daripada dipuji, tidak sombong, tidak riak, selalu merendah dan suka beramal. Kalangan mereka juga banyak bersabar, sentiasa tenang dalam menghadapi cabaran dan mudah bekerjasama dengan orang lain untuk tujuan kebaikan dan senang melakukan amal yang bermanfaat. Allah berfirman yang bermaksud: Maka sembahlah Allah dengan mengikhlaskan agama kepada-Nya. (Surah Az Zumar, ayat 2)

Allah memandang tinggi kepada mereka yang ikhlas dalam melaksanakan perkara baik, mahupun berjumpa dengan saudara atau kenalan. Meletakkan niat yang betul bersamanya adalah ganjaran yang dijanjikan Allah. Rasulullah SAW menceritakan satu kisah mengenai seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di kota lain, maka Allah mengutus malaikat di perjalanannya. Ketika malaikat itu bertemu dengannya lalu menyapa: Hendak ke mana engkau?, maka lelaki itu berkata: Aku ingin mengunjungi saudaraku yang tinggal di kota ini. Maka malaikat itu bertanya: Apakah engkau memiliki suatu kepentingan yang akan menguntungkanmu (apabila bertemu) dengannya? Lelaki itu pun menjawab: Tidak, hanya saja aku mengunjunginya kerana aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu lalu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah untuk mengkhabarkan kepadamu bahawa sesungguhnya Allah menyintaimu seperti engkau mencintai saudaramu itu kerana-Nya. (Riwayat Muslim)

Kadangkala kita tidak sedari sudah melakukan pekerjaan yang dibuat secara ikhlas semata-mata kerana Allah. Walaupun sumbangan yang diberikan kecil saja tetapi besar ganjarannya di sisi Allah.

Kisah seekor anjing sedang kehausan yang telah diberi pertolongan oleh seorang wanita wajar dijadikan pedoman walaupun sumbangan wanita itu dianggap kecil kepada manusia tetapi besar pengertiannya di sisi Allah.

Sebagai makhluk kita mengharapkan keredaan bersama keampunan Allah. Perkara kebaikan yang dilakukan sekiranya tiada keikhlasan diyakini tidak akan mendapat ganjaran di sisi Allah sama ada kita menzahir atau menyembunyikannya.

Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui. ( Surah Ali Imran, ayat 29)

Sebenarnya, keikhlasan bekerja boleh merangsang peningkatan produktiviti seseorang. Pekerja yang ikhlas akan melakukan kerjanya secara bersungguh-sungguh dan penuh komitmen. Lazimnya mereka yang ikhlas dalam bekerja akan memperoleh nikmat berupa ganjaran yang dijanjikan Allah di dunia dan di akhirat.

Saturday, October 15, 2011

Kisah : Kategori Kematian

        Al-Imam Qurtubi pernah merakamkan hadis nabi yang bermaksud, mati mengejut bagi orang yang baik adalah nikmat manakala mati mengejut bagi yang zalim dan jahat adalah azab.

Memang sedih apabila mendengar berita kematian, tapi bagi yang tahu kategori kematian, ada anugerah di sebalik itu iaitu mati syahid.

Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “(Barang siapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk syurga).” (Hadis Hasan)

Kedua: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis: Dari Buraidah bin Khusaib r.a (bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya). (Hadis Sahih)

Ketiga: Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w (tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur).

Keempat: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya: (Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurnia-Nya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman). (Surah Ali Imran ayat 169-171)

Rasulullah s.a.w bersabda: “(Orang yang syahid mendapatkan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, dijauhkan dari seksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari syurga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”

Kelima: Mereka yang meninggal ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: “(Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah siapa yang terbunuh di jalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit ). Mereka berkata: Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?

Baginda berkata: (Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid).”

Keenam: Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda: (Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim).

Ketujuh: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.

Kelapan dan kesembilan: Mereka yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: (Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah).

Kesepuluh: Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit r. a bahawa Rasulullah s.a.w menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku? Mereka berkata: Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).

Kesebelas dan kedua belas: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: (Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak tha’un syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena runtuhan syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid).

Ketiga belas: Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid). (Hadis Hasan)

Keempat belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh) maka dia syahid).

Kelima belas dan keenam belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid).

Ketujuh belas: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga di perbatasan)di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan di amankan dari fitnah).

Kelapan belas: Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah meng harapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga).

Kesembilan belas: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Penghulu para Syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuh nya) Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya dan Al Khatib.

Sama-samalah kita berdoa agar kita sama termasuk dalam senarai di atas. Amin Ya Rabbal ‘aalamin

Wednesday, September 21, 2011

Artikel : Berdosa Lengah Bayar Hutang

Saya mengenali seorang individu. Dia dalam kategori orang senang dan hampir saban tahun ke Mekah untuk tunai umrah atau haji. Masalahnya, dia ada berhutang dengan seseorang sejak beberapa tahun lalu tetapi sampai sekarang masih belum dijelaskan.

Apakah hukumnya perbuatan orang begini yang selalu ke Mekah saban tahun tetapi masih tidak mahu menjelaskan hutangnya?

JAWAPAN:

Membayar hutang adalah lebih utama (awla) daripada melakukan ibadat haji atau umrah berulangkali.

Haji buat kali yang pertama adalah wajib, manakala kali berikutnya adalah sunat, manakala umrah adalah sunat. Sedangkan membayar hutang adalah wajib.

Tidak diterima Allah SWT apabila kita berulang alik ke Mekah sedangkan hutang kita sesama manusia tidak dilangsaikan. Kalau tidak mampu mungkin boleh mohon tangguh. Tetapi kalau tiap-tiap tahun pergi haji dan umrah tidak timbul persoalan tidak mampu.

Membayar hutang adalah satu kewajipan yang tidak boleh ditangguhkan apabila si pemiutang berkemampuan membayarnya. Bagi mereka yang mampu membayar hutang tetapi menangguhkan pembayaran tersebut dikira berdosa dan perbuatannya haram di sisi syarak. Ini kerana Islam sangat menitikberatkan soal pembayaran hutang.

Di antara sebabnya, bagi menjaga keharmonian hidup. Apabila si peminjam berdiam diri, atau tidak mengendahkan hutang yang sepatutnya dibayar maka sikap yang demikian akan menyebabkan orang yang memberi pinjam tidak berpuas hati, mungkin juga boleh mengundang kepada pergaduhan.

Yang keduanya, tidak menjaga janji. Kebiasaannya bila seseorang itu berhutang pasti akan menjanjikan satu tarikh, bulan atau tahun bagi melangsaikan hutang tersebut.

Malangnya apabila tiba tempoh atau ketika yang dijanjikan orang yang berhutang tidak melangsaikannya sedang dia mampu membayarnya.

Jika masih tidak mampu membayarnya sepatutnya meminta tangguh untuk satu tarikh yang akan datang. Ini di antara akhlak yang sepatutnya ada pada orang yang berhutang.

Malangnya ada segelintir ahli masyarakat kita yang sudah hilang rasa malu, hilang rasa tanggungjawab, hilang rasa persaudaraan. Hutang tetap dikira hutang, ini ikut perjanjian awal, melainkan orang yang memberi hutang menghalalkan pinjamannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya. (al-Baqarah: 282).

Dalam ayat sama Allah melanjutkan Firman-Nya bermaksud: Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan benar, dan janganlah penulis enggan menulisnya sebagaimana yang telah diajarkan oleh Allah, maka hendaklah ia menulis dan orang yang berhutang itu mengimlakkan (menyebutkan) mengenai apa yang ditulis itu dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah dan jangan ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya.

Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman. (riwayat al-Bukhari; no: 585)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya”. (riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”. (riwayat al-Baihaqi ).

Beberapa kali Rasulullah SAW enggan menyembahyangkan jenazah orang yang berhutang sehingga ada di antara sahabat yang sanggup bertanggungjawab atas hutang si mati itu.

Ini kerana baginda SAW pernah memberitahu bahawa orang yang mati sedang dia berhutang maka amalannya tergantung sehingga dilangsaikan oleh ahli keluarganya atau sesiapa yang bersifat ihsan kepadanya.

Sebab itulah, ketika keranda diusung setelah selesai solat ahli keluarga akan meminta agar hutang si mati dituntut kepada ahli keluarga, supaya biarlah rohnya aman. Kalau hutangnya sedikit bolehlah ahli keluarga tanggung tapi kalau hutangnya banyak bagaimana?

Sebab itulah ingat sebelum terlambat. Bagi mereka yang berhutang secara individu, peribadi segeralah membayar hutang, usahalah untuk membayar hutang. Biar kawal sikit perbelanjaan asal dapat menebus hutang.

Dengan demikian yang memberi hutang dapat pahala dan yang membayar hutang juga dapat keberkatan.

Apa yang menghairankan kita, semasa nak pinjam bukan main manis lagi janji-janji yang ditaburkan, tapi bila dah bagi pinjam batang hidung pun tak Nampak. Masa nak pinjam macam-macam alasan yang diberi, ada alasan yang betul ada alasan yang tipu.

Namun, apabila tiba masa untuk memulangkan duit dia rasa akan papa dengan membayar balik hutang yang tertanggung atasnya.

Monday, August 8, 2011

Pengalaman : Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Salam Ramadhan Al-Mubaraq kepada semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian , semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun yang sebelumnya . AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Ramai yang tak sabar-sabar menunggu ketibaan Ramadhan , ramai juga yang sibuk mempersiapkan diri dari segi zahir dan batin bagi menyambut Bulan yang tersangat-sangat Mulia ini . Ada yang sembahyang sunat terawikh , bangun malam.sembahyang tahujud, taubat, hajat , witir. Ada yang bertadarus , membaca Al-qur'an dan ingin khatam Al-qur'an sepanjang bulan Ramadhan.

Saya pun , sangat berdebar-debar menunggu ketibaan Ramadhan ini, seminggu sebelum Ramadhan , adik kawan saya meninggal ,arwah tak sempat nak sambut bulan Ramadhan , saya cakap kat kawan saya , "Allah sangat sayang kat adik kamu tu" . Saya rasa sangat bimbang kalau2 saya tak dapat menyambut Ramadhan, atau mungkin Ramadhan kali ini ialah yang terakhir buat saya .
Kalau dulu masa kecil-kecil ibu ajar puasa slow2 . puasa setengah hari jea .Itupun kat tadika ,kawan2 ramai tak puasa , sabar je tengok diorang makan. lepas balik tadika je saya terus buka puasa*puasa budak 6 tahun la katakan.Lepas puasa , tibanya 1 syawal tak sabar2 nak Raya .  Itu dulu . sekarang dah 18 tahun 17 hari . Bila terfikir balik masa lampau . Rasa macam kita ni sangat melampau . Puasa tak cukup tapi sibuk nak Raya .*melampau kan ?haha tapi , maafkan lah kanak-kanak yang tak matang lagi jahil tersebut .

Tahun ni , tak fikir pun nak Raya . Sebab ? kita rasa Ramadhan yang kita jalani tidak diisi dengan sebaik-baiknya sepertimana bulan yang dinamakan bulan yang paling mulia daripada seribu bulan . Bulan Ramadhan ialah bulan Maghfirah atau bulan pengampunan , bulan bertuah dan bulan Ibadah . Bagaimana dengan Syawal ? Syawal ialah bulan kemenangan bagi orang2 yg bertaqwa iaitu orang yang telah berjaya mengharungi ujian Allah . Macam kita masuk pertandingan Explorer , kita tak habis lagi menyiapkan tugasan tapi ,ada hati nak ambil piala .

Begitulah perasaannya bila menghadapi Ramadhan , ramadhan bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja , tapi , menahan dari melakukan kemungkaran , maksiat dan lain2. Rasa terkilan dengan kawan2 perempuan yang berpuasa tetapi tidak menutup aurat . Orang begini sangat rugi ,kerana puasa nya sia2 . kalau syariat lahir diabaikan , syariat batin lagi2 lah terabai .

Sekian, dari saya yang serba kekurangan ini mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq .

Sunday, July 24, 2011

Artikel : Wahai Lelaki Pandanglah Kepada Yusuf Itu


Yusuf AS diuji Allah SWT dengan ujian yang hebat. Untuk mendidik manusia dan memberikan pengajaran. Kisahnya kisah yang cantik dan hebat. Mampu menggegarkan jiwa-jiwa insan yang tunduk untuk kesedaran. Sebab itu Allah menurunkan satu Surah penuh menceritakan kisahnya, Surah Yusuf yang penuh dengan intipati mukjizat Al-Quran di dalamnya.
Kita dapat melihat betapa Yusuf ini dikhianati oleh abang-abangnya.

“Salah seorang di antara mereka berkata: “Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia ke dalam pergi, supaya ia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ), kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu”.” Surah Yusuf ayat 10.

Dibuang ke dalam perigi. Kemudian Allah menyelamatkannya dengan menjadikannya hamba kepada Aziz, pemerintah mesir.

“Dan (semasa Yusuf dalam perigi) datanglah ke tempat itu satu rombongan (ahli perniagaan) yang sedang dalam perjalanan; lalu mereka menghantarkan seorang pencari air bagi mereka; (setelah sampainya ke perigi itu) dia pun menghulurkan timbanya (dan manakala ia melihat Yusuf bergantung pada timbanya) ia berseru dengan katanya: “Hai, (ini) sungguh mengembirakan! Ini adalah seorang budak lelaki (yang cantik parasnya)”. (Setelah mengetahui hal itu, saudara-saudara Yusuf pun datang) serta mereka sembunyikan keadaan Yusuf yang sebenarnya (untuk dijual) sebagai barang dagangan. Dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.” Surah Yusuf ayat 19.

“Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: “Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak”.” Surah Yusuf ayat 21.

Dia hanya seorang hamba. Tidak punya harta. Hanya bernaung di bawah kekuasaan tuannya. Satu saat, peluang datang untuk menjadikannya kaya raya, mengangkat tarafnya dari hamba biasa kepada istimewa.

‘Imra’ah aziz’(yang orang sering menamakannya dengan nama Imra’ah Aziz) gila bayang dengan Yusuf kerana kecantikan wajahnya. Bagaimanakah Yusuf? Bukan sekadar suara dan pakaian seksi, malah digoda di dalam bilik yang terkunci Situasi Yusuf adalah situasi yang berat. Sangat tersepit dan terhimpit. Imra’ah Aziz memanggilnya ke bilik. Sebagai hamba, dia mentaati. Tetapi alangkah terkejutnya dia apabila melihat isteri kepada tuannya itu berpakaian sangat menjolok mata, memakai haruman menusuk hidung menggoda. Belum sempat dia berbuat apa-apa, pintu telah dikunci.

“Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu”.” Surah Yusuf ayat 23.

Dan ketika ini, dia diberikan pilihan untuk menyerahkan diri. Tetapi lihatlah Yusuf. Lihatlah Yusuf itu wahai lelaki-lelaki. Lihatlah Yusuf. Di dalam bilik yang terkunci itu, di dalam situasi yang sangat sempit lagi terhimpit itu, lihatlah bagaimana Yusuf menjaga dirinya.

“…Yusuf menjawab: “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya”.” Surah Yusuf ayat 23.

MasyaAllah… Subhanallah…
Inilah dia peribadi yang dilindungi keimanan kuat terhadap Ilahi. Di hadapan perempuan seksi, di dalam bilik terkunci, jiwanya tetap bebas dari gari-gari dunia dan kehambaan kepada selain Ilahi. Tetap teguh mempertahankan kesucian hamba Allah di dalam diri. Dan Yusuf berusaha, walau tahu tiada jalan untuknya. Mungkin sahaja, ada orang akan berfikir: “Ala, nak buat camne, bilik dah terkunci. Perempuan tu pula, alahai… masyuk habis. Kira rezeki lah ni”

Tetapi lihatlah Yusuf. Lihatlah Yusuf wahai lelaki-lelaki. Walau Yusuf tahu bahawa bilik telah terkunci, dan tiada lagi jalan untuk melarikan diri, dia tetap berusaha menjauhi Imra’ah Aziz.

“Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu…,” Surah Yusuf ayat 25.

MasyaAllah… Subhanallah… Imra’ah Aziz tidak putus asa. Bahkan mengejar, mengejar dan mengejar. Tidak pula Yusuf berhenti dari berusaha. Tetap berlari dan berlari menyelamatkan diri. Hinggalah Imra’ah Aziz berjaya mencapainya, hingga terkoyak belakang bajunya.

“…serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang;…” Surah Yusuf ayat 25.

Hingga Yusuf benar-benar terperangkap dan tidak mampu berlari. Dan kini, ujiannya telah tamat. Allah telah selesai mengujinya. Maka Allah datangkan Aziz bersama saudaranya, membuka pintu, dan terkejut dengan keadaan Yusuf hambanya, bersama isterinya.

“… lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu.” Surah Yusuf ayat 25.

Dan perhatikanlah pilihan Yusuf itu Yusuf ternyata benar apabila koyakan bajunya menjadi bukti. Tidak lama kemudian kisah ini tersebar pantas. Ramai yang mencaci Imra’ah Aziz. Imra’ah Aziz berang. Padanya, bukan silapnya dia berkelakuan sedemikian. Yusuf tersangat cantik ibarat malaikat.

“Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Imra’ah Aziz dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata.” Surah Yusuf ayat 30.

Lantas dibuat majlis agar ramai perempuan-perempuan yang mencacinya berkumpul. Disuruhnya Yusuf memunculkan diri. Yusuf yang masih terikat sebagai hamba mentaati selagi mana suruhan itu tidaklah membuatkan dirinya terkeluar dari larangan Allah.

“Maka apabila ia (Imra’ah Aziz) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada - tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): “Keluarlah di hadapan mereka”.” Surah Yusuf ayat 31.

Ketika ini, jari-jari perempuan yang hadir tercedera kerana mereka semua terpana ketika memandang Yusuf. Buah yang hendak dikopes, tangannya pula yang ditoreh.

“Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!” Surah Yusuf ayat 31.

Ketika inilah, baru mereka memahami apa yang dihadapi oleh Imra’ah Aziz. Dan Imra’ah Aziz ketika ini, mengumumkan kepada Yusuf bahawa dia masih mempunyai ruang untuk tunduk. Atau Yusuf akan dihumbankan ke dalam penjara.

“(Imra’ah Aziz) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi dari orang-orang yang hina.” Surah Yusuf ayat 32.

Tetapi lihatlah kepada Yusuf itu. Lihatlah kepada Yusuf itu wahai lelaki-lelaki. Apakah pilihannya?

“Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya”. Surah Yusuf ayat 33.

MasyaAllah…. Subhanallah…. Semuanya untuk menjaga jiwanya, menjaga dirinya. Sanggup memilih kedasyatan penjara, dari kedasyatan azab-Nya. Itu Yusuf yang terpaksa memilih antara dua. Bagaimana kamu? “Kalau awak tak layan saya, saya tak nak kawan dah dengan awak” Bagaimana? Kadang-kala kita tewas hanya dengan rajukan kecil yang tak bermakna.

Kita dan Yusuf

Untuk apa diceritakan semua ini kalau bukan untuk dicontohi dan mengambil pengajaran? Jangan cerita kepada saya: “Ala, Yusuf tu Nabi”. Allah mengutuskan Rasul dan Nabi dari kalangan manusia, agar menjadi contoh kepada pembumian syara’ itu kepada manusia sendiri. Justeru, bagaimana kita dan Yusuf? Situasi siapa yang lebih sukar? Yusuf terikat dengan pelbagai perkara. Imra’ah Aziz adalah seorang yang berkuasa, seorang yang ‘memiliki’ Yusuf, tetapi lihatlah bagaimana Yusuf bertindak dalam mentaati Allah SWT. Bagaimana kita? Hakikatnya, kita sebenarnya mempunyai pilihan. Sama ada hendak menjatuhkan diri ke dalam kehinaan, atau memilih untuk memuliakan diri dengan berkeras dan bertahan. Sememangnya, kalau hendak bertahan menegakkan perintah Allah ke atas diri kita, akan kita hadapi kesukaran. Tetapi saya tidak pernah pula dengar pada zaman ini, lelaki yang menjaga kehormatan dirinya, kebersihan peribadinya dalam pergaulan lelaki perempuan sampai dipenjarakan. Sesungguhnya, Yusuf lebih sukar dari kita. Justeru apa yang kita lakukan?

Penutupnnya: Wahai Lelaki, perhatikanlah Yusuf itu. Perhatikanlah

Saya lelaki. Post ini khasnya untuk memperingatkan diri saya sendiri. Jua dengan harapan, manfaatnya tumpah kepada lelaki-lelaki lain di dalam kehidupan ini. Perempuan itu, pemimpin utama mereka adalah lelaki. Maka wahai lelaki, tidakkah kamu merasakan kepentingan untuk mempertingkatkan diri? Marilah. Lihatlah Yusuf dan contoh yang Allah berikan kepada kita. Kemudian liriklah arahan Allah SWT.

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.” Surah An-Nur ayat 30.

Mari kita menjaga kebersihan peribadi kita wahai Lelaki!

Saturday, July 23, 2011

Artikel : Silaturrahim

Teknologi mudahkan jambatan silaturahim

HARI ini, jalinan ukhuwah menjadi semakin mudah dengan adanya pelbagai medium untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim dengan memanfaatkan teknologi masa kini seperti e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), laman-laman sosial seperti Facebook dan lain-lain serta tidak ketinggalan melalui telefon.

Namun ramai yang tidak menyedari bahawa antara rahsia yang boleh mengeratkan hubungan silaturrahim, dan kasih sayang antara sesama ahli masyarakat ialah mengucapkan salam dan bertanya khabar tentang diri masing-masing.

Rasulullah SAW menunjukkan cara yang mudah dalam mewujudkan hubungan silaturrahim antara masyarakat Islam iaitu melalui:
* Mengucapkan salam ketika bertemu.
* Menyahut panggilannya jika dipanggil
* Mendoakan ketika bersin..
* Menziarahi ketika sakit/kematian.
* Menolong ketika kesempitan
* Memenuhi undangan apabila dijemput.

Perhubungan yang baik ini mesti dilakukan secara berterusan bertepatan dengan petunjuk Allah SWT dan sunnah Rasul-Nya. Kita boleh gunakan kesempatan hari-hari perayaan untuk menjalinkan hubungan silaturrahim yang lebih erat antara ahli keluarga, sahabat dan jiran. Amalan ziarah-menziarahi mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang sangat bermakna bagi umat Islam terutama sekali dalam menghubung dan merapatkan ikatan ukhuwah sesama Islam. Agama Islam sangat menggalakkan umatnya agar sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan tautan silaturrahim dan ukhuwah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu beroleh rahmat. (al-Hujurat: 110).
Bagi mencapai matlamat sebenar amalan ziarah-menziarahi ini terdapat adab-adab yang perlu difahami dan dihayati oleh setiap Muslim untuk meraih keredaan dan rahmat ilahi. Ikatan ukhuwah Islamiah yang erat dan kukuh di kalangan umat Islam merupakan elemen yang amat penting ke arah merealisasikan visi dan misi perpaduan ummah sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Perpaduan ummah yang jitu di semua peringkat mampu mengangkat keunggulan martabat umat Islam di persada dunia.

Silaturrahim juga merupakan tunjang utama kekuatan ummah dengan syarat ia diasaskan dengan ketakwaan dan berlandaskan syariat. Ia boleh menjauhkan manusia daripada hasad dengki dan fitnah. Silaturrahim juga boleh mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT kerana dapat membentuk akhlak manusia lebih baik daripada sebelumnya. Seandainya jalinan silaturrahim diabaikan, ia bukan sahaja merenggangkan hubungan dengan Allah tetapi juga memisahkan kasih sayang antara sesama manusia.
Orang yang paling berhak mendapat keakraban silaturahim daripada kita adalah orang yang hampir dengan kita. Antaranya, ibu bapa dan kaum kerabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan pertalian darah dan seterusnya orang-orang lain di luar lingkungan ini termasuklah jiran tetangga.

Allah SWT memerintahkan agar manusia berbuat baik terhadap jiran tetangga, sama ada jiran tetangga yang dekat ataupun yang jauh. Ini jelas sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah, dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya. (an-Nisa’: 36)

Untuk menjalinkan silaturrahim sebenarnya bukanlah sukar. Apa yang penting ialah keinginan untuk bersilaturrahim dalam diri manusia, tidak sombong, mengenepikan keegoan, kebencian dan dendam dan digantikan dengan perasaan kasih sayang, bersabar terhadap perbuatan yang menyakitkan dan berbuat baik serta bergaul bersama mereka dengan akhlak yang mulia.
Tanggungjawab untuk membina semula silaturrahim yang retak bukan sahaja terletak kepada dua pihak yang bermusuhan tetapi sanak saudara atau kawan-kawan yang mengetahui tentang perkara ini. Orang tengah yang boleh mendamaikan dan menyambung semula silaturrahim yang terputus dalam masyarakat adalah mereka yang terpuji.
Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Orang yang menjalinkan hubungan kekeluargaan bukanlah mereka yang membalas sesuatu kebaikan, tetapi adalah mereka yang menyambungkan (menjalinkan semula) suatu perhubungan yang telah terputus. (riwayat Bukhari)

Hubungan baik Rasulullah SAW membimbing amalan baik yang wajar dilaksanakan oleh seseorang untuk mewujudkan hubungan baik antara satu sama lain.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya, Allah akan memenuhi hajatnya. Dan sesiapa yang menghindarkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghindarkan satu daripada kesusahan-kesusahannya pada hari kiamat. Dan sesiapa yang memudahkan satu kesulitan di dunia, Allah akan memudahkan untuknya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong hamba-Nya selagi hamba itu sentiasa menolong saudaranya. Sesiapa yang menghindari merosakkan hak dan kehormatan saudaranya, Allah akan menghindarkan wajahnya daripada api neraka pada hari kiamat. (Muttafaq ‘Alaih)

Marilah kita sama-sama akrabkan kembali hubungan silaturahim sesama umat. Hulurkan tangan mohon kemaafan agar dapat meraih kejayaan dan kecemerlangan bersama sama. Natijahnya kita akan terasa indah apabila setiap saat kita boleh bertegur sapa, mengisi hari dengan senyuman dan semangat kebersamaan antara keluarga, sahabat, rakan sekerja termasuklah mereka yang berlainan agama dan etnik dengan kita.

Wednesday, June 22, 2011

Sajak : SUSAHNYA MENCARI KAWAN YANG SETIA

BUKAN senang untuk mendapat kawan yang setia
Boleh berkawan waktu susah dan senang
Di waktu dukacita dan gembira
Di waktu kita buntu fikiran dialah yang memberi pandangan
Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan, diberi bantuan
Boleh memberi pertolongan sebelum diminta,
kerana faham masalah kawan
Apatah lagi apabila diminta
Waktu sakit diziarahi
Di waktu mendapat nikmat, dia melahirkan kegembiraan
Kesusahan kawan kesusahannya
Kesedihan kawan adalah kesedihannya
Keluarganya dijaga dan diambil berat tentang kehidupannya
Maruah kawan dan keluarganya amat dijaga
Ia merasakan maruah diri sendiri juga
Apabila sudah agak lama tidak berjumpa
sudah bertanya-tanya
Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa
Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya
Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak diumpat
Mengutamakan kawan dari dirinya
Selepas mati keluarganya tetap dihubungi
Silaturrahim dengan keluarganya terus bersambung
Susah payah keluarga kawannya selepas mati tetap ditolong
Aduh, mana hendak dapat kawan di waktu ini
Macam kita gambarkan tadi
Aku memohon ampun kepada Tuhan
Kerana belum boleh setia dengan kawan