Cute Onion Club - Onion Head

Wednesday, January 11, 2012

Artikel : Irkam Ma’ana – Ujian.Gegaran Untuk Kami Yang Lena

               Hidup ini pasti akan wujud ujiannya. Bagaimana menghadapi ujian, itulah aras ukur kebaikan kita menjalani kehidupan yang ada. Manusia sering alpa dan mudah leka dengan kesenangan. Nikmat-nikmat yang melimpah ruah di sekelilingnya mudah membuatkannya lupa dengan tanggungjawabnya terhadap Allah SWT sebagai hamba. Biasanya, manusia dengan banyak kesenangan, lebih cenderung menggunakan atau dipergunakan oleh kesenangannya untuk jauh daripada Allah SWT. Maka kadangkala, kehidupan akan di’gegar’kan oleh Allah SWT. Seperti orang yang mengantuk digegarkan oleh rakan di sebelah agar dia terjaga, maka begitulah ujian-ujian yang diberikan kepada manusia. Kami memandang ujian itu adalah demikian.


             Seakan-akan ia seruan lembut daripada Allah SWT: “Sedarlah dari kealpaanmu, dan merapatlah kepadaKu.” Begitu kami memandang ujian. Maka ada yang akan berkata kepada kami: “Tetapi saya tidak pernah mengecapi kesenangan pun seumur hidup saya!” Kami penumpang bahtera keimanan, yang destinasinya adalah Allah, redhaNya dan syurgaNya akan menjawab: “Sama ada kamu yang tidak berusaha bersungguh-sungguh, ataupun Allah tahu sekiranya kamu memperolehi kesenangan, kamu akan lebih kufur daripada hari ini.” Tidakkah kita sedar sebenarnya, bahawa Allah itu ingin menjaga kita?

Allah, aturanNya tidak pernah sia-sia. Tinggal manusia sahaja tidak menyedarinya.
Kami meyakini dengan satu keyakinan yang pasti, Allah tidak pernah melakukan sesuatu perkara dengan sia-sia. Semuanya pasti ada hikmah dan pengajarannya. Termasuklah dengan apa sahaja yang diberikan kepada kita. Tinggal biasanya, kita tidak memerhatikannya, menelitinya, ataupun ilmu kita tidak sampai untuk menyedari hikmahNya. Satu yang perlu ditanam di dalam jiwa kita adalah bersangka baik kepadaNya dalam segala hal. Kita kena faham bahawa, Dia Maha Mengetahui, dan kita langsung tidak mengetahui apa-apa.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 216.
Di dalam hal keimanan kepada qada’ dan qadar, kami telah menjelaskan perkara ini.

Allah sedang menyeru kamu. Memanggil dekat ke sisiNya.
Maka janganlah kita fikir Allah tidak menyayangi kita apabila Dia memberikan kita kesusahan dan kesukaran. Jangan sangka Allah mebenci kita apabila Dia menguji dan memberikan bencana. Tidakkah kita perasan apabila kita ditimpa kesusahan, jiwa kita automatik memerlukan sokongan? Dan akhirnya kita faham bahawa tiada sokongan yang lebih kuat melainkan sokongan Allah SWT. Akhirnya kita bergerak kepadaNya, mengadu kepadaNya, meminta bantuanNya. Maka kesusahan, ujian dan bala bencana yang menimpa kita tadi, hakikatnya adalah ‘panggilan kasih sayang’ Allah kepada kita. Bagaimana agaknya kalau kita tidak ditimpa kesusahan? Apakah kita lebih mudah mengingati Allah SWT?
                “Dan apa musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” Surah Ash-Shura ayat 30.
Tidak semestinya maksud ‘perbuatan tanganmu sendiri’ di sini adalah dosa dan maksiat seperti membunuh, mencuri, berzina dan sebagainya. Jauh daripada Allah, lupa kepada Allah, itu juga adalah termasuk dalam ‘perbuatan tanganmu sendiri’ juga sebenarnya. Maka, musibah datang memberikan peringatan. Kenapa Allah memberikan peringatan? Kerana Allah bersedia untuk memberikan keampunan. Sebab itu ayat itu ditutup dengna ‘dan Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu(yang menyebabkan kamu ditimpa musibah)’. Semua orang-orang kaya di zaman Rasulullah, tetap melalui ujian. Saidina Uthman bin Affan RA diuji dengan kematian kedua-dua isterinya(Ruqayyah dan Ummi Kalthum). Abdurrahman bin Auf RA diuji dengan kakinya yang tempang apabila ditusuk dengan 21 tusukan ketika mempertahankan Rasulullah di Uhud. Belum dikira ujiannya yang meninggalkan semua hartanya di Makkah ketika Hijrah. Sama begitu juga dengan jutawan Suhaib Ar-Rumy, yang pergi ke Madinah sehelai sepinggang apabila hijrah. Ujian-ujian ini, yang membuatkan mereka lebih menghargai harta-harta yang mereka ada. Adakah dengan menghargai itu bermakna mereka menyimpannya dan bakhil tidak menggunakannya untuk Islam? Tidak. Mereka menjadi seorang yang sangat dermawan, membantu Islam dengan kekayaan mereka, dan mereka tidak sesekali meletakkan kesenangan-kesenangan mereka di dalam jiwa. Kerana mereka telah diproses oleh ujian yang Allah berikan. Bagaimana kalau Allah tidak memberikan mereka ujian? Apakah mereka akan menjadi seorang yang sama dengan apa yang mereka jadi di dalam sejarah?
Semestinya tidak. Hal ini kerana, hanya orang yang pernah kehilangan nikmat, tahu apa nikmatnya nikmat. Lebih-lebih lagi apabila jiwanya telah berhubung dengan Allah SWT.

Allah sedang menjaga kamu, menjauhkan kamu dari keburukan.
Ada pula yang mengadu bahawa dia langsung tidak pernah senang. Hidupnya penuh dengan ujian. Hidupnya penuh dengan kesengsaraan.
Dr Samirah Tohir, pensyarah Aqidah di Kuliah Syariah, University of Yarmouk, Jordan pernah berkata:
“Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Ada kemungkinan kesenangan tidak datang kepada kamu, kerana Allah Maha Tahu bahawa kamu akan menggunakan kesenangan itu ke arah kemungkaran nanti.”
Tidakkah kita memerhatikan? Ya, mungkin kita akan kata: “Mana ada. Saya akan gunakannya sebaik-baiknya!” Tetapi siapakah kita hendak menandingi pengetahuan Allah SWT? Kita melihat ramai orang yang hidup dalam kesenangan tertipu dengan kesenangan mereka, tidak mempunyai ketabahan seperti ketabahan kita yang hidup sukar, tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah seperti kita yang seringkali mendekati Allah mengadu dan memohon. Bagaimana agaknya kita apabila diberikan kesenangan?
Tidakkah kita memerhatikan? Allah sedang menjaga kita, memuliakan kita, mengangkat kita.
“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” Surah At-Taghabun ayat 11.
Tidakkah kita merasa bahagia?

Penutup: Sangka baik kepada Allah, dan melihat segala yang berlaku dengan pandangan mukmin.
Sebagai seorang yang beriman kepada Allah tanpa keraguan, kita sepatutnya mengekstrak hanya kebaikan-kebaikan dari apa sahaja yang berlaku. Seorang yang beriman kepada Allah, akan senantiasa positif kepadaNya. Hal ini kerana, keimanan-keimanannya memandu. Keimanan-keimanannya memimpin. Kita yakin Allah mengharamkan kezaliman pada diriNya, kita yakin bahawa Allah tidak Memungkiri JanjiNya, Kita yakin Allah tidak akan melakukan perkara yang sia-sia. Maka kita yakin, apabila Allah mengekalkan kita di satu tempat, ada hikmahnya. Maka kita yakin, apabila Allah memberikan kita bala bencana, ada hikmahnya. Semuanya perlu kita hubungkan kembali dengan Allah, kehidupan kita, dan akhirat. maka kita akan melihat, memang benar, semua ini bukan sia-sia. Ada sebab kenapa Allah buat demikian kepada kita.
Ini pandangan seorang mukmin. Pandangan para penumpang bahtera. Sebab itu, orang mukmin memang manusia biasa yang imannya turut turun dan naik. Tetapi orang mukmin, apabila dia berada di bawah, dia tidak akan berlama-lamanya pada kerendahan keimanannya. Dia akan segera naik. Dan apabila dia naik, dia naik lebih tinggi dari sebelumnya. Orang mukmin sentiasa bahagia dengan kepercayaan ini. Jika tidak, Sumaiyah yang disula sudah pasti meraung-raung mencaci Allah ketika Abu Jahal hendak menyulanya. Jika tidak, Suhaib Ar-Rumy pasti sudah mencaci-caci Allah ketika dia terpaksa meninggalkan hartanya yang susah payah dikumpulkannya. Jika tidak, Bilal bin Rabah pasti sudah mencaci-caci Allah apabila dia diseret di tengah padang pasir yang panas dan dihempapkan batu di atasnya.
Tidakkah kita memerhatikan?
Nyata menjadi penumpang bahtera keimanan ini, membuatkan kita menjadi kuat mengharungi kehidupan, dan sentiasa terdorong melakukan kebaikan, walau apa pun yang menimpa kita.
Maka apa yang ditunggu lagi? Irkam Ma’ana! - Naiklah bersama kami!

Thursday, January 5, 2012

Artikel : Tahun Baru 2012

                SAMBUTAN tahun baru setiap tahun sudah menjadi upacara tradisi rakyat Malaysia dan seolah-olah satu kewajipan, bahkan pernah sambutan diadakan pada Ramadan. Terikatnya syaitan sepanjang Ramadan belum tentu mampu mengikat nafsu manusia untuk berfoya-foya.

                Apa lagi sambutan tahun baru 2012 kali ini bukan pada bulan puasa, sudah tentu perkara saban tahun menjadi kebimbangan berulang berlaku. Hiburan sempena menyambut kedatangan tahun baru juga sudah mula dipromosikan. Pemandangan biasa dilihat ketika sambutan tahun baru ialah pergaulan lelaki dan wanita tiada batasan, pasangan tanpa segan silu melakukan aksi mengghairahkan di khalayak ramai dan minuman keras juga menjadi hidangan. Apakah kita sedang menuju negara yang bebas segala-galanya.

                Ingatlah kemungkaran boleh mengundang bala dan pastinya kita tidak mahu perkara itu berlaku. Malangnya, dosa dianggap perkara remeh hingga melakukan perbuatan menyalahi agama menjadi kebiasaan dalam masyarakat. Seperti iman, maksiat juga mempunyai tingkatannya, ada dilakukan secara tersembunyi, terbuka dan ada maksiat dianggap biasa. Apa juga jenis maksiat, tidak kira yang ringan atau berat, ia akan mengundang kemurkaan Allah.

               Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, di mana ia terlalu khuatir akan tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di
hidungnya, maka dia usir begitu saja.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
         
               Begitu juga perlakuan maksiat dan dosa yang dilakukan secara terang-terangan. Ada kalanya Nabi SAW berusaha menutup sehabis mungkin perlakuan maksiat dilakukan secara tersembunyi supaya si pelaku berpeluang bertaubat kepada Allah SWT. Bagaimana pula mereka yang melakukan maksiat secara terbuka?

             Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam
berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa pada malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah sudah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah sudah menutupi dosa itu semalaman, tetapi pada pagi hari dia buka yang ditutup Allah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

             Ini peringatan penting untuk kita kerana apa yang amat ditakuti manusia adalah taubat yang tidak diterima. Betapa ruginya kita jika mengetahui taubat tidak diterima kerana maksiat terbuka yang dilakukan dulu. Sejarah Islam melakarkan pelbagai peristiwa untuk dijadikan iktibar. Banyak kemurkaan Allah bermula apabila maksiat dilakukan secara terbuka. Malah kini banyak tempat dijadikan pusat maksiat secara terbuka.

              Maksiat secara terbuka perlu dicegah kerana apabila maksiat itu dianggap biasa, kita sebenarnya sedang memanggil azab Allah. Maksiat secara terbuka adalah dosa purba dulu kala yang sudah dimodenkan. Lihat saja kisah kehancuran kaum Nabi Luth yang dirakamkan al-Quran: “Adakah patut bagi kamu mendatangi lelaki (homoseksual) dan menyamun di jalan raya dan kamu membuat kemungkaran di tempat pertemuan kamu. Maka tidaklah ada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata: Datanglah kepada kami azab Allah itu, jika sungguh engkau dari orang yang benar.” (Surah al-Ankabut, ayat 29)

              Ketika menafsirkan ayat ini, Al-Isfahani dalam kitab al-Mufradat fi Gharib al-Quran menceritakan tempat masyarakat awam berkumpul iaitu tempat kaum Nabi Luth melakukan maksiat secara terbuka dan diketahui umum. Rentetan peristiwa maksiat secara terbuka, akhirnya Allah menurunkan bala yang sangat pedih ke atas kaum Nabi Luth. Ini menggambarkan kepada kita, menzahirkan maksiat secara terbuka sama seperti kita mencabar Allah SWT untuk menurunkan azabnya.

             Bagaimana pula orang yang menghadiri tempat maksiat tetapi tidak melakukan perbuatan maksiat. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sungguh, Allah sudah menurunkan kepada kamu dalam al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan, maka jangan kamu duduk berserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentu kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang munafik dan orang kafir di dalam Jahannam.” (Surah an-Nisa’, ayat 140)

            Berdasarkan nas dan pandangan ulama yang sentiasa menyinari kalam mereka dengan nasihat dan tunjuk ajar, maka lebih baik kita mengubah gaya serta corak menyambut sesuatu perayaan. Jangan sambutan itu dicemari perlakuan yang boleh mengundang kemurkaan Allah.

            Sambutlah tahun baru kali ini dengan menanamkan tekad melakukan transformasi menjadi insan lebih baik serta mencapai keredaan Allah. Marilah wujudkan suasana ceria melalui aktiviti keluarga pada malam tahun supaya anak remaja tidak terleka dengan sambutan di luar kawalan keluarga. Allah sukakan suasana yang ceria tetapi hiasilah keceriaan itu dengan amalan serta program yang berpayung kepada matlamat mencari keredaan Allah.

Wednesday, January 4, 2012

Lesen Memandu

                    Alhamdulillah... Didlm belenggu dgan berbagai2 maslah aq direzki kan untk mengmbil lesen kereta.. Awlnya terfkit jgak akan duitnya... Mcm mne nak bayar.. Aq nak cari duit mana?? tapi aq sngt bersyukur kerana pak sdara ku ingin mnjadi sponsor ku.. pada awalnye, aq hanya ingin mngikut spupu ku itu mngambil lesen dan ingin tahu barapa harga sbb aq mmg blum mampu untuk mengambil lesen, tapi bile smpai ke tempat latihan memandu pak cik ku mnyuruh ku mnrikuti kursus memandu bersama spupu2 ku itu.. Kursus itu mengambil masa selama 5 jam.. pnat jugak nak habis..
                   
                  Aq akan menduduki ujian statik untuk lesen L pada hari sabtu ini, harap2 lah dipermudahkan, mmg dah lama mengimpikan untuk mempunyai lesen, tapi mmg tak berkemampuan.. Selesai ujian statik ada ujian amali.. Lepas tu katanya kene berhadapan dgan pihak JPJ pulak.. Huh.. Mmg mnyeramkan... Aq mmg tak tahu apa2 tentang lesen nie, ikut je lah apa yg diminta.. Lepas tu aq tak tahu mcm mne nak amek lesen P, tak apa lah smua urusan tu pak cik aq yg uruskan..

                 Ada sekali tu aq tanya mcm2 dgan mak ciks sbb takut kene bayar nanti, tapi mak cik kata "aok nak amek ke tidak?" hehe.. Mmg aq dah tahu perangai pak cik dn mak cik aq, kalo dieorang nak bagi sesuatu amek je lah, jgn banyak tanya.. Mula2 aq hairan, tak kan pak cik nak support spenuhnya, padahal anak die lagi 2 org tu pown amek lesen dgan aq jgak.. Tapi mak cik kata, "jangan risau fidak dah ada sponsor", aq jadi hairan, siapa?? rupa2nya mak cik dn mak andak dah spakat nak bayar sama2.. mak cik sparuh, mak andak sparuh..

               Alhamdulillah sngt kerana mempunyai mak sdara yang perihatin.. Dah ada lesen nanti mudah sdikit lah urusan ku.. Syukur yang tidak terhingga ku panjatkan pada-Mu ya Allah, atas kurniaan mu ini.. Aq yg tiada apa2, yg slalu lalai dgan-Mu ini masih lagi diberi perhatian oleh-Mu ya Allah.. Sungguh Maha Besar zat-Mu Tuhan... Terima kasih pak cik, mak cik & mak andak, jasa mu akn ku kenang..